Monday, December 19, 2011

SINDROM PERGANTUNGAN BURUH ASING

Industri binaan merupakan antara industri terpenting dalam negara yang
berkait rapat dengan sektor ekonomi lain. Ia merupakan industri barangan modal
dengan menyediakan infrastruktur bagi industri lain beroperasi. Industri binaan juga
merupakan satu sektor yang menjadi enjin kepada pertumbuhan ekonomi negara dan
sebahagian besar sumbernya digunakan untuk pembangunan negara (Zakaria Mohd 1999)See full size image

Sesuatu projek pembinaan amat bergantung kepada sumber projek.
Antara sumber yang amat penting ialah sumber buruh. Masalah kekurangan sumber
buruh sehingga menyebabkan Malaysia bergantung kepada tenaga buruh daripada
luar terutamanya dari Indonesia. Mengikut perangkaan kerajaan, sehingga Ogos tahun
2003, seramai 297, 642 pekerja asing berkhidmat di  Malaysia dalam sektor
pembinaan (Norzamzila Mustafa, 2005). 


Senario pengambilan pekerja asing bagi sektor pembinaan di Malaysia
bukanlah satu isu baru. Malaysia telah mula mengambil pekerja asing semenjak
zaman pemerintahan British lagi. Ketika itu pekerja dari China dan India dibawa
masuk untuk bekerja di sektor perlombongan dan perladangan. Buruh-buruh yang
datang dari China mengerjakan lombong- lombong timah dan buruh kontrak Selatan
India pula membina jalan dan landasan keretapi serta mengendalikan ladang-ladang
getah dan estet-estet kelapa sawit (Ahm Zehadul, 1999).

Pengambilan pekerja asing di Malaysia oleh majikan tertakluk kepada
 Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Negara. Menurut
Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 1997), pekerja asing yang melanggar
syarat termasuk bekerja tanpa kelulusan permit, akan dihantar pulang.
 Manakala majikan akan dikenakan denda.
Walau bagaimanapun, Jabatan Imigresen telah
menggariskan empat sektor yang dibenarkan untuk
mengambil pekerja asing kerana didapati masalah kekurangan
buruh bagi sektor-sektor ini amat kritikal. Sektor-sektor
tersebut adalah:

a) Sektor pembinaan 
b) Sektor perladangan 
c) Sektor perkhidmatan – contohnya: operasi kargo, pembersih, pekerja 
        dobi, rumah kebajikan, kelab golf (caddies), industri perhotelan 
d) Sektor industri berasaskan eksport sahaja

No comments:

Post a Comment