Sunday, October 2, 2011

MAKSUD GLOBALISASI DAN BURUH





MAKSUD GLOBALISASI
·                      Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.
·                     Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. 
·                     Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yg lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.
·                     Globalisasi dalam erti literal adalah sebuah perubahan sosial, berupa bertambahnya keterkaitan di antara masyarakat dan elemen-elemennya yang terjadi akibat transkulturasi dan perkembangan teknologi dalam bidang transportasi dan komunikasi yang memfasilitasi pertukaran budaya dan ekonomi internasional. Istilah globalisasi dapat diterapkan dalam pelbagai konteks sosial, budaya, ekonomi dan sebagainya.Misalnya, globalisasi dapat diertikan sebagai:
1.                  pembentukan desa global (global village) - yang bererti konteks yang lebih erat antara pelbagai pelosok dunia, meningkatnya interaksi personal, saling kerja sama dan persahabatan antara penduduk dunia.
2.                  globalisasi ekonomi - meningkatnya perdagangan bebas dan meningkatnya hubungan antara pelaku ekonomi di pelbagai negara.

MAKSUD BURUH

·                     Buruh merujuk kepada orang yang bekerja yang,lazimnya dibayar gaji atau upah. Konsep buruh dalam ekonomi berbeza dengan pengertian biasa itu. Buruh adalah tenaga atau keupayaan fizikal dan mental manusia yang boleh menyumbang kepada proses pengeluaran.
·                     Buruh adalah satu sumber produktif milik manusia. Pada dirinya, manusia memiliki sumber yang boleh digunakan sebagai input dalam proses pengeluaran dikenali sebagai buruh dan untuk mengatur dan menjalankan proses pengeluaran dikenali sebagai usahawan. Justeru, dalam istilah ilmu ekonomi, buruh hanyalah sebahagian sumber yang dimiliki oleh manusia apabila digunakan dalam proses pengeluaran buruh adalah input atau faktor pengeluaran.~Surtahman Kastin Hassan dan Abd. Ghafar Ismail. 2001. Tenaga Buruh dan Upah dalam Islam. Islamiyyat 22
·                     Di samping itu buruh juga dianggap sebagai pengukur yang sebenar dalam menentukan harga sesuatu barangan jika masyarakat memerlukannya.~ibn Khaldun

2 comments:

  1. Assalamaualaikum...
    Menarik entri saudari, dan kalau boleh sertakan sekalai beberapa syarikat dan mungkin tribunal pekerja untuk kegunaan bersama. seperti saudari sedia maklum, pekerja acapkali tertindas. mohon buruh di masa hadapan lebih terbela hospitalitinya...

    ReplyDelete
  2. wkslm...insyaAllah..sy akan updatekan sekali entry2 mengenai syarikat2 dan ribunal2 yg seperti saudara sarankan..terima kasih..

    ReplyDelete