Monday, December 5, 2011

Kewajipan Dan Tanggungjawab Majikan Dan Pekerja


Setiap majikan dan pekerja yang memasuki kontrak perkhidmatan berbuat demikian untuk tujuan tertentu. Majikan mengambil pekerja untuk bekerja dengannya dengan tujuan untuk meningkatkan pengeluaran. Tenaga pekerja digunakan untuk menggerakkan operasi perniagaannya. Pekerja pula memasuki kontrak perkhidmatan untuk mendapat upah bagi menyara hidup mereka dan keluarga serta untuk memanfaatkan kemahiran mereka (terutama jika pekerja mahir). 

Mereka yang berkontrak adalah manusia. Masing-masing memerlukan khidmat antara satu sama lain. Tanpa khidmat salah satu daripadanya, sesuatu organisasi perniagaan tidak akan dapat dijalankan. Kontrak perkhidmatan mewujudkan tugas, kewajipan dan tanggungjawab sebagai majikan, dan pekerja melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab sebagai pekerja. Undang-undang khususnya daripada keputusan-keputusan kes telah menetapkan beberapa prinsip berkaitan kewajipan dan tanggungjawab yang mesti dipikul oleh kedua-dua belah pihak.


Kewajipan Majikan

  • Kewajipan Menyediakan Kerja

~ Setelah majikan bersetuju mengambil seseorang itu bekerja dan bersetuju membayar upah kepadanya serta pekerja pula bersedia bekerja untuk majikannya, apakah wujud obligasi pada pihak majikan untuk menyediakan kerja untuk pekerjanya? Persoalan ini walaupun agak ganjil tetapi ia telah dibangkitkan dalam beberapa kes Common Law.

~Dalam kes Turner lwn. Sawdon & Company, defendan telah bersetuju mengambil plaintif bekerja sebagai wakil jualan bagi tempoh empat tahun. Sebelum tamatnya tempoh tersebut walaupun defendan telah membayar upah kepada plaintif, defendan enggan memberikannya sebarang kerja untuk dilakukan sebagai wakil jualan. Hakim-hakim dalam kes ini telah membincangkan tentang terma perjanjian perkhidmatan yang dimasuki oleh plaintif dan defendan.

~M.R. Smith menimbulkan persoalan sama ada, selain persoalan upah, wujud tanggungjawab selanjutnya pada pihak majikan untuk menyediakan kerja kepada pekerja (plaintif) dalam tempoh kontrak tersebut. Beliau berkata: "saya tidak fikir perjanjian itu boleh dibaca selain ia sebagai satu kontrak yang dalamnya seorang majikan terus menggaji pekerjanya dan membayar upah kepada pekerja tersebut. Adalah dalam kuasa majikan untuk berkata bahawa selagi dia terus membayar upah, dia tidak bertanggungjawab untuk menyediakan kerja".


  • Larangan terhadap Kerja yang salah di Sisi Undang-undang

~Menjadi tanggungjawab majikan tidak meletakkan pekerja dalam pekerjaan atau keadaan yang salah di sisi undang-undang. Adalah menjadi syarat tersirat dalam kontrak perkhidmatan antara majikan dengan pekerja bahawa majikan mesti mematuhi undang-undang yang ditetapkan dalam statut atau Common Law.

~Implikasi daripada pekerjaan yang melanggar undang-undang bukan sahaja melibatkan majikan malahan juga pekerja. Kadang-kadang pekerja juga mengalami kerugian. Dia mungkin tidak mendapat perlindungan atau hak daripada statut jika dapat dibuktikan pekerjaannya adalah salah di sisi undang-undang. Pekerja juga mungkin dalam keadaan serba salah atau tidak dapat berbuat apa-apa kerana orang yang melakukan kesalahan itu ialah majikan. Kesimpulannya, adalah menjadi syarat tersirat dalam kontrak perkhidmatan supaya majikan tidak meletakkan pekerja dalam pekerjaan atau perbuatan yang salah di sisi undang-undang, dan adalah menjadi syarat tersirat supaya majikan mematuhi peruntukan dalam mana-mana statut.

  • Larangan terhadap Kerja Berbahaya
~Menjadi syarat tersirat dalam kontrak perkhidmatan bahawa majikan tidak boleh menghendaki pekerja melakukan kerja yang berbahaya atau menyuruh pekerja bekerja di tempat yang berbahaya kepada pekerja.

  • Kewajipan menyediakan sistem kerja yang selamat
See full size image~Kebanyakan industri moden menggunakan pelbagai mesin, oleh itu mendedahkan pekerja kepada pelbagai bahaya. Jadi undang-undang menyiratkan supaya majikan menyediakan sistem kerja yang selamat di tempat pekerja bekerja. Majikan dikehendaki menyediakan alat-alat pekerjaan yang selamat untuk digunakan oleh pekerja. Kewajipan menyediakan sistem kerja yang selamat adalah tanggungjawab majikan dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain.

~Sekurang-kurangnya begitulah prinsip yang timbul dalam kes Clyde Coal. Co.Lwn. English, yang dalamnya majikan yang bertanggungan kerana sistem kerja yang tidak selamat di tempat kerja sungguhpun dia telah mengamanahkan kewajipan itu.

5 comments:

  1. mcm mana plk kalau warga asing tu dijadikan pelacur??

    ReplyDelete
    Replies
    1. PIHAK ATASAN MENJADIKAN WARGA ASING SEBAGAI PELACUR ATAU TUJUAN TAK BERMORAL DI TEMPAT KERJA YG BERTARAF HOTEL

      Delete
  2. Sama ada warga asing atau warga tempatan mereka harus dibekalkan kondom sekiranya majikan gagal hukuman penjara mandatory. Pendangan saya adalah sebaliknya pemintaan untuk tidak memakai kondon lebih tinggi berbanding memakai kondom kerana selain sedap duit mereka perolehi cukup lumayan. Apa yang menyedihkan mereka rosak kerana wang. nasihat saya kepada pelanggan-pelangan pelacur anda TERDEDAH kepada penyakit, islam mencegah umatnya mendekati zina. akta pelacur tak wujud di malaysia.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete