Monday, December 19, 2011

KAKITANGAN KERAJAAN MARAH

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Hasrat DAP untuk mengurangkan bilangan penjawat
awam jika mereka dipilih sebagai pemerintah bagi meringankan beban kewangan menimbulkan kemarahan kakitangan kerajaan.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman (gambar) berkata, rata-rata kakitangan awam juga terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua yang disifatkan tidak masuk akal.Presiden Cuepacs
Menurutnya, CUEPACS sedang menjelajah seluruh Malaysia 
untuk memungut respons penjawat awam berhubung kenyataan Tony itu.
“Rata-rata penjawat awam yang ditemui benar-benar marah dan tidak menjangka seorang pemimpin tertinggi DAP boleh mengeluarkan kenyataan seumpama itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Tony Pua yang disiarkan baru-baru ini dalam sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa kerajaan DAP akan mengurangkan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.
Omar berkata, sehingga kini pihaknya telah mengadakan sesi dialog dengan kakitangan awam di beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sabah, Sarawak dan Perak.
Menurutnya, selebihnya akan dilakukan dalam tempoh dua minggu ini.
“Ini kerana kita akan mengadakan mesyuarat kongres pada pertengahan bulan depan. Jadi, kita menjangkakan laporan dialog berhubung reaksi penjawat awam terhadap kenyataan Tony Pua itu akan dibentangkan sebagaisatu slot sebelum diserahkan kepada pihak berkaitan,” katanya.

No comments:

Post a Comment